Thursday 20 September 2012

penyakit perut : cherry berry

assalamualaikum and very good morning. : jikalau anda terbaca entri ni, ini bermakna aku berada dekat utm, rumah kedua aku yang terlatest. banglo gitu. :p ok tak, bilik kecil yang hanya memuatkan 2 orang je dan tanpa wifi. anyway, walaupun takde wifi, aku suka bilik aku ni sebab katilnya, tilamnya dan bantalnya yang teramat sangatlah best!! aku suka ber foursome dengan mereka bertiga di waktu malan membawa ke pagi dan disusuli dengan petang. :D kat sini aku ada rumate yang sangat kool, sama course, sama kelas. actualy, aku tulis entri time2 macam ni bukan sebab apa, aku terjaga sebenanya. perut aku ni ha tiba2 memulas2. aku dah perasan sejak tadi petang. dan aku mula syaki, aku dah kena cherry berry. :( tu je nak cite sebenanye. dah, nak sambung tido, esok ada kelas. adios amigos. ;)

Wednesday 1 August 2012

bukak akaun baruuu. :D

assalamualaikum semua.
harini aku off day, aku plan nak isi borang2 kemasukan UTM untuk september nanti. bila belek punya belek ketas2 tu, aku pun terbaca yang aku ni kene bukak akaun CIMB untuk bayar yuran nanti. pastu pegi muka surat belakang balakang lagi, ketas tu cakap, aku kene matikan stem hasil dekat dua borang ape ntah, ketas tu yang cakap. so, kalau takde stem hasil, macam mane nak matikan dia tak? aku kene la beli stem hasil tu skali. kene beli 2 pulak tu, tanak yang murah, nak yang 10 hengget punya. dah total kat stem je 20 ringgit.
aku pun merempit sorang2 pegi CIMB kat BP walk tu. aku cakap kat akak kaunter tu aku nak buat akaun, then dia mintak ic. bila komputer try nak baca ic aku, tak dapat dapat. kene lah buat cara manual. cara manual nye cenggini, bawa ic, lesen ngan surat beranak korang pegi kat kaunter tu, nanti dia potostatkan, then tunggu no giliran. bila da samai no korang, pegi la kaunter tu. pastu buat ape yang orang kaunter tu suruh. nanti kene sign lah, cop jari lah, bual2 sikit lah, tunggu kejap, masukkan duit dalam akaun dan siap. :) senang je nak buat akaun CIMB. tapi tu kalau yang microchipnye macam aku punyalah, takboleh nak baca. kalau yang boleh baca punya lagi senang kot. so jagalah microchip anda elok2 ye. ;) act, ada lagi yang anda2 semua kene buat, tukar no pin dekat mesin atm. nanti dia akan bagi no pin sementara untuk akses kad debit baru koang tu. ;)

tu je aku nak kongsi. :)
adios amigoss.

Sunday 29 July 2012

ASAM GARAM KEHIDUPAN

kehendak dan keperluan
dua benda yang agak susah untuk aku bezakan
penting dan kurang penting
juga susah nak predict
sekarang ni ada dua benda yang golek2 kat otak aku
saling tukar tempat
kejap yang A duduk kat first
kejap lagi tuka dengan si S ni
sekarang S da jadi no 1
esoknya tuka lagi
A lah yang paling diingini
hmmm
memang takde benda lain
dorang je la yang jadi top 2 kat otak aku
kekadang ada jugak selit benda lain
tapi yang tu aku memang tau tak penting dan kurang bermakna
perjalanan untuk meraih salah satu daripada nya amatlah rumit
aku pun taktau kenapa
mungkin faktor utama adalah kewangan
kau lah punca segalanya cik KEWANGAN
grrrr
maybe satu hari nanti
aku dapat memiliki salah satu daripada dua objek itu
dan ketika itu
aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyesal
kerana tidak memilih yang satu lagi
benda2 seperti ini amat lah mengASAMGARAMkan kehidupan aku
ya, mungkin kedua2 nya penting
cuma masa yang menjadikan
salah satu daripadanya lebih menonjol kepentingan beliau
yang satu lagi
hanya cahaya malap menerangi beliau
tapi takpe
akan bersinar kelak
hahaha


dua benda tu adalah
(drum roll)...


 ini lah dia si A, means ASUS.
bedebah kau ye
buat pening kepala fikir kau.


dan ini si S, means SAMSUNG GALAYXY SII
lagi lah membakor bakor hati aku nak meminangnya.






okay, thats all folks.
sehingga kita ketemu lagi.
adios amigos. ;)

Thursday 26 July 2012

new hobby

ok, memandangkan bulan puasa sekarang ni, aku pun nak cite sikit pengalaman kerja part time aku dekat giordanone summit batu pahat. penat, jangan cite la dalam seminggu tu kekandang 2 - 3 kali aku lipat baju yang sama, yang paling tak bole bla, harini baru lipat cantik2, esok da kene bukak balik, nak display cara lain katanya. grrrrrr. marah la jugak, tapi nak buat macamane, keje kan. kene la buat jugak. haihhh. tapi ada yang satu specialnya kat summit ni, tapi taktau la nak dikategorikan special ke bangang. haha. special yang aku cakap tu, start dari 1st ramadhan lagi, dj kat summit tu da pasang lagu raya. haa....pilih la bangang ke tak. XD maybe dorang cuba naik kan mood raya kot, maklumlah penat puasa ye tak. haha. dekat tempat keje aku ni punya la bosan sebab member yang aku ada cuma 2 orang amoi je. takleh nak layan kepala sangat. tapi bole la dari takde. :D kekadang kalau ada masa free je, aku text la dengan budak demok sorang tuu. :p dapat 2 - 3 mesej jadi la. rindu kann. :* nanti balik keje sambung dekat skype pulak. :D dekat giordanone tu, ada satu komputer kat tempat cashier untuk buat payment. tapi memang jarang la orang buat payment sebab customer memang jarang masuk kedai tu. bila da free sangat, amoi pun takde, ape lagi, aku bukak freecell la. game feveret aku kat tempat keje. hehehe. best jugak beb game tu. menguji minda la jugak. bila menang memang puas hati. bila tak dapat nak solve, emm tekan F2 la. new game. kikiki. selain tu, aku bukak jugak website yang tunjukkan sale giordanone2 kat malaysia ni. biasanya kat genting tu haa yang paling top. mane tak topnye, hari biasa je dah cecah 19k. kitorang kat summit ni jangan cakap la. sebulan nak dapat 19k pun payah. hahaha. mane tak nye, dorang tempat bercuti, summit ni ape yang ada. orang yang rumahnye belakang summit pun taknak pegi summit, apatah lagi pegi giordanone, memang tak la. haha. kalau aku pun aku taknak. sebab summit tu kosong. kete2, moto2 yang paking kat luar tu, aku rasa 70% milik orang2 yang kerja kat bangunan tu. nasib baik pekerja2 tu sume nak datang keje, kalau tak, tak ke bankrup summit tu. ingatkan bila takde orang, keje aku relex sikit, rupenye tak. same je. tiap2 minggu tuka display, stok datang lagi, stok kelua lagi, iron baju, lipat baju. macam2. tapi rasanya berbaloi la dengan gaji aku tu. ni aku tengah counting days, lebih kurang sebulan lagi aku nak benti keje. ye, memang aku kene keje time raya. nak cukupkan 3bulan punya pasal. kalau tak kopak aku kena bayar duit uniform 152 hengget. banyak tu, tak sanggup aku. ni aku tengah tunggu minggu depan. tunggu ape? tunggu cek gaji gua laa. hahaha. penat aku dibayar jugak akhirnya. cehhh, macam la penat sangat. :p




























tak tau la ape kene cerita ni dengan tajuk tu. mungkin ada selit2 hobby aku dalam cite tu. hobby la jugakk. hee, byee.

Tuesday 24 July 2012

HATI HATI


hati gundah siapa yang tahu.
hati mengharapkan muka dan mulut dapat menejalankan tugas
dengan baik menyimpan apa yang dirasa.
mungkin mula mula begini agak kekok.
kelak biasalah tu.
mungkin itu perkara biasa.
tapi hati aku tak biasa.
sering disentuh.
sekali sekala ia berbisik.
aku hanya semut kecil.
dia si gajah perkasa.
aku lemah.
menjadi kamera litar.
hanya mampu melihat mendengar.
tanpa mampu berbuat apa apa.




































Monday 23 July 2012

OTAK BERKATA

aku hanya lelaki sederhana
ketidakpunyaan wang teramatlah selalu
tapi aku berusaha
berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajatkan
kadangkala matlamat tidak menghalalkan cara
tapi aku peduli apa
walaupun tak layak dapat endowmen
ptptn pun boleh juga

aku tak layak untuk buat pilihan
aku diajar ambil apa yang diberi
walaupun tak pernah melaluinya sebelum ini
aku cuba
mendapat kejayaan yang sederhana
itu sudah cukup untuk aku
aku mengaku
tiada kemudahan yang banyak disediakan
segala yang aku lalui
berbekalkan dengan apa yang ada
jarang meminta lebih sekiranya kurang
itu prinsip aku

tidak perlu mengikut keterlaluan
hati rasa jiwa yang menentukan
jika tidak, tidaklah
jika ya, yalah
fikirlah sematang matangnya
ianya untuk anda anda dan anda sendiri

bagi yang mampu
sangatlah beruntung
bersyukurlah.

Tuesday 22 May 2012

Nazmi Faiz Mansor

WOAHH!! Nazmi da sign kontrak dengan S.C Beira-Mar. Dia da sign kontrak 3 musim dengan kelab portugal tu semalam (21 may 2012). Akhirnya ada jugak player Malaysia yang dapat main dekat eropah. Bangga weh. Muda2 dah jadi player professional. Sapa taknak kalau dapat offer main kat luar kan. Mintak2 lah lepas ni ada ramai lagi player Malaysia yang dapat main kat luar negara. Contoh yang 1st kita dapat tengok, Safee Sali, dia da jadi jutawan kat indon sana. Player2 macam ni la yang Malaysia nak untuk naik kan lagi rangking bola sepak Malaysia. Sekarang ni pun, makin ramai budak2 muda yang menyokong pasukan Malaysia, bagi yang tak sedar2 lagi yang dok kritik bola sepak Malaysia tu, korang tak layak dok kat bumi Malaysia ni weh. Apa2 pun, Nazmi memang dah buat ramai rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian dia. Ni ada sikit profil Nazmi Faiz Mansor untuk korang. =)

profil
nama : Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
tarikh lahir : 16 ogos 1994
asal : Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
posisi : midfielder
kelab : S.C. Beira-Mar (portugal)
karier : 09-11                Sekolah Sukan Bukit Jalil
             11-12                 Harimau Muda B
             12                      Harimau Muda A
             12-sekarang       S.C. Beira-Mar
pasukan kebangsaan : Malaysia U23




 sesi pemilihan
NFM di akhbar portugal
 sign kontrak 3 musim