Monday, 23 July 2012

OTAK BERKATA

aku hanya lelaki sederhana
ketidakpunyaan wang teramatlah selalu
tapi aku berusaha
berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajatkan
kadangkala matlamat tidak menghalalkan cara
tapi aku peduli apa
walaupun tak layak dapat endowmen
ptptn pun boleh juga

aku tak layak untuk buat pilihan
aku diajar ambil apa yang diberi
walaupun tak pernah melaluinya sebelum ini
aku cuba
mendapat kejayaan yang sederhana
itu sudah cukup untuk aku
aku mengaku
tiada kemudahan yang banyak disediakan
segala yang aku lalui
berbekalkan dengan apa yang ada
jarang meminta lebih sekiranya kurang
itu prinsip aku

tidak perlu mengikut keterlaluan
hati rasa jiwa yang menentukan
jika tidak, tidaklah
jika ya, yalah
fikirlah sematang matangnya
ianya untuk anda anda dan anda sendiri

bagi yang mampu
sangatlah beruntung
bersyukurlah.

No comments:

Post a Comment